Pages

Thursday, January 10, 2013

Harapan


Assalammualaikum..

*Ni luahan perasaan

Bulan ni aku kurang jenguk blog ni, asyik sibuk cari kerja sebab dah lama sangat aku bercuti..Sebenarnya,
tengok member2 ramai yg dah kerja sekarang buat aku rasa dah tiba masanya aku  keluar mencari pekerjaan pulak kan..

Secara ikhlasnya aku cakap, sekarang ni memang agak payah nak cari kerja especially student yang baru habis belajar..dalam erti kata yg lain fresh graduate..belum ada apa-apa pengalaman lagi..

Dan kebanyakkan kerja kosong yg aku jumpa yg related dengan bidang aku semuanya kat area Lembah Klang..aiyooo..bukan sahaja masalah jauh..tapi aku tak ada transport sendiri..Biasanya syarikat2 construction ni for sure nakkan pekerja yg ada kenderaan sendiri ye dak?..yela nak pergi site visit senang kalau ada kenderaan sendiri..Jadi macam mana nak apply kerja2 kat sana?Lagipun banyak syarikat milik arkitek landskap kat Selangor n Kuala Lumpur..hmm.

Jadi Perak Darul Ridzuan,sila lah banyakkan jawatan yang berkaitan dengan Landscape Architecture ye..harap sangat2.Bukan sekadar nak kan tempat sendiri,tapi yang lebih penting aku dapat dekat selalu dengan mak abah aku yg sunyi tanpa peneman di kampung..

Amin Ya ALLAH.