Pages

Friday, December 7, 2012

Monolog seorang student # entri tersimpan dlm hati

Sedar tidak sedar, hampir 5 tahun aku bergelar pelajar IPT. Memegang kad pelajar bernombor 2009158081 dan salah seorang daripada berjuta anak didik kelahiran Universiti Teknologi Mara (UiTM).


6 tahun yang lepas, dengan berbekalkan keputusan SPM yang ada, aku cuba untuk memohon  kemasukan ke IPTA. Impian dalam hati, aku harus jejakkan kaki ke IPT, seperti anak- anak emak dan abah yang lain. Hampir kesemua senarai universiti yang diminta, ditulis nama UiTM. Namun, dengan keputusan yang ada, tidak dapat melayakkan aku ke IPT.Persaingan memang sengit. Hanya surat panggilan daripada Politeknik dan tingkatan 6 sahaja diterima. Hati berbelah bahagi. Kemudian, aku cuba memujuk diri dengan mendaftar di Tingkatan 6. Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-cita.


 Pertengahan 2006, sekali lagi aku mencuba nasib. Akhirnya, keadaan berubah. Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pengajian di UiTM Seri Iskandar. Kursus yang diterima; AP118, dalam jurusan Diploma Seni Bina Landskap. Walaupun ia bukan kursus pilihan utama, aku terima dengan hati terbuka. Pada aku, mungkin ini sesuatu yang baru dan apa salahnya untuk aku mencuba. Bermula daripada panggilan temuduga, dan akhirnya berjaya memegang status pelajar UiTM Seri Iskandar di Perak pada penghujung 2006. Alhamdullillah.Sejak itu, aku tidak menoleh ke belakang lagi. Langkah demi langkah ditempuhi untuk  meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar. Suasana baru yang tidak pernah dijangka begitu menuntut ketahanan diri dan emosi yang begitu tinggi. Rupa-rupanya, jurusan yang diambil memang benar-benar mencabar. Tekanan akan berlaku setiap kali menyiapkan tugasan . Apatah lagi, diri sendiri tidak pernah ada asas dalam ilmu berkaitan seni lukis.


Pada ketika itulah, pelbagai cabaran dan dugaan dialami. Sepanjang tahun pengajian, pelajar seni bina landskap akan sentiasa sibuk dengan tugasan projek dan diperlukan membuat pembentangan setiap minggu bagi memastikan mereka mencapai sasaran tahap kerja. Menyiapkan tugasan terutamanya projek akhir semester sehingga lewat malam memang perkara biasa. Sehingga ada ketikanya sampai tertidur di studio sebelum terus hadir ke kuliah keesokan harinya. Selain itu, ada ketikanya setelah sesebuah tugasan telah disiapkan, namun kemudiannnya tidak diterima oleh pensyarah. Perkara itu juga adalah normal dalam kehidupan pelajar seni bina landskap. Ketahanan diri memang kena kuat. Bebanan beberapa tugasan dalam satu masa yang serentak juga sering berlaku. Dalam keadaan ini, ‘multi-tasking’ ialah perkara utama untuk urus diri sendiri. Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu sebenarnya memang bagus untuk melatih diri agar lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan nanti.


Tekanan seharian sebagai pelajar ‘studio-base’ memang sangat menguji. Ada ketikanya, diri ini pernah pudar semangat. Bila rasa itu datang, aku cuba terapkan kata-kata dalam hati dan fikiran bahawa setiap orang punya kelebihan. Allah bagi kelebihan pada aku untuk berada dalam bidang ni. Sebahagian akal yang dianugerahkan ini digunakan untuk memikirkan perihal reka bentuk (design), pembinaan (construction) dan apa-apa  sahaja yang berkaitan bidang seni bina landskap. Tidak perlu ada sebab untuk aku sia-siakan anugerah yang Allah kurniakan. Untuk memikirkan perihal berkaitan perubatan atau undang-undang memang aku tidak pakar. Jadi, adalah baik aku gunakan kelebihan yang ada dan sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Ternyata ada kalanya sesuatu yang sukar pada mulanya,akan menjadi mudah dan membuatkan aku lebih kuat pada masa hadapan sebenarnya.


Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar yang berliku dan sering gagal, tidak membuatkan aku tewas. Ia sebenarnya makin mendewasakan aku. Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal. Pengalaman yang telah ditempuh akan membantu aku agar lebih bersedia melangkah ke dunia pekerjaan professional ini kelak.Dengan berbekalkan semangat dan sokongan keluarga, akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian peringkat diploma tepat pada masanya. Alhamdulillah. Dan kini, aku sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk pengajian ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam pula. Semoga segalanya berjalan lancar. Mungkin perjalanan ilmu yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat diriku. Ternyata, setiap kejadian ada seribu sebab dan terselit berjuta hikmah.


p/s : Kini impian menjadi kenyataan.Ijazah sarjana muda di dalam genggaman akhirnya.Terima kasih Ya Allah.=')


4 comments:

  1. bestnya :) saya pun sekarang bru msuk sem 2 utk menempuh cabaran utk menggengam satu diploma senibina landskap. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak.... saya ditawarkn ke uitm jurusan senibina landskap... btol ke tekanan akn ade pada jurusan ni... minat saya sngt mndalam dekat jurusan senibina... walaupun takde pngalaman dgn kos ni,.. akak ade sebarang tips tak dalam mngurus wang.. atau waktu... atau tips2 belajar.... saya harap saya kuat dalam kos ni... dn pilihan saya tak salah... 'klu kita tak mncuba ,, kita tak tahu kan.'' huhu... klu nk difikirkan semua kos pon susah kan,... :)

    ReplyDelete
  3. saya dapat jugak kos senibina landskap untuk fasa dua ni..alhamdulillah.. :) akak tolonglah ceritakan banyak lagi pengalaman akak tentang kos ni. haritu interview, pensyarah tu banyak cakap kos ni susah :( n banyak kena bersabar..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sya ni nk tnye skit,,,,cm sya ni tgh bljr lgi di ikbn dusun tua ambk kos lndskp contruction thp3,,,rizab thp1 dn2 3 pointer ke ats lh,,pointer sem3 blum dpt lg sbb blum abis blja lg,,,,blh x sya mnyambungkn pngjian ke uitm kos dip seni bina lndskap ni,,,,

    ReplyDelete