Pages

Sunday, December 9, 2012

From Aussie with hope =)

Assalammualaikum

Kalau bercakap pasal adik, aku cuma ada sorang je adik dalam hidup ni.Mohd Firdaus bin Abdullah..dia ni lain sikit,lain sebab satu2 nye anak mak abah yg terbang jauh bila sambung belajar...
Yela,keinginan dia memang tinggi sebab tu suka sangat terbang2..aku terbang x jauh mana pun,Shah Alam je..(Tapi pada aku Shah Alam pun jauh gak sebenarnye sebab kena transfer negeri lain..haha)

Sebelum convocation day aku hari tu, kami 1 family kena singgah jap LCCT ambil dia..adik cuti sampai bulan 2..lama gak tu..So, dalam hati kami semua, sepanjang perjalanan tu sudah terdetik rupa bayang2 hadiah dari Australia..Aku dah pesan awal2 jgn balik kalau x ade souvenir utk akak!..(keji betul main ugut2 =D)

Dah sampai sana,kami pun cari punya cari budak adik tu..kak Nor sampai tersilap org..haha..tetiba dah jumpa terus OMMAGAD!apesal panjang benor rambut kamu dik?..Dia pun sengih2..

Masuk dalam kereta..

''Dik,ape kamu beli untuk kami semua ni?''

''X ade ape2 beli pun.TAK SEMPAT BELI.TAK JUMPE''

Ha??Kate ade??Hmm..

Kami pun terus nyanyi lagu..Harapan...Harapan menjadi layuuuuuuu.......

Sekian..biasa la adik bongsu.-_-''.Redha itu pasrah.Pasrah itu menyerah.

Sampai je rumah Kak Nor,borak2 jap..Pastu adik pun bukak beg besar dia.

Aku dalam hati cakap ''Alah,mesti beg tu penuh baju2 busuk dia yg x sempat nak basuh,citt''

Tetiba,adik pun bersuara..''Ha, ni ABAH punya barang..ni MAK pulak..ni YONG,YOP,NYAH,ABANG LI,ABANG n blalalallala....''

HAAA??Sudah!..Akak punya mane?mane?*terus excited okayy!!


Akhirnya,harapan x sempat pun nak layu..yahoo!!

See,what i got..A cutie koala and new watch!Yes,ni la yg gua idam2 kan..Fossil pulak tu..mcm tahu2 je jam kakak dia dah k.o..

So,konvo hari tu aku pun berbesar hati pakai..=)

Thanks my bro..Tetibe lu nampak terlampau hensem pulak..hehe


Ni la jam yg lama..walaupun murah n simple je tp byk jasanya.
Simpan2,buat kenangan hari tua nanti.


Pesanan buat adik aku yg sorang ni :-

Belajar rajin2,capai target yg diingini n semoga sentiasa success dunia akhirat.Amin.
From Bawah Bungor with hope =)

Friday, December 7, 2012

Monolog seorang student # entri tersimpan dlm hati

Sedar tidak sedar, hampir 5 tahun aku bergelar pelajar IPT. Memegang kad pelajar bernombor 2009158081 dan salah seorang daripada berjuta anak didik kelahiran Universiti Teknologi Mara (UiTM).


6 tahun yang lepas, dengan berbekalkan keputusan SPM yang ada, aku cuba untuk memohon  kemasukan ke IPTA. Impian dalam hati, aku harus jejakkan kaki ke IPT, seperti anak- anak emak dan abah yang lain. Hampir kesemua senarai universiti yang diminta, ditulis nama UiTM. Namun, dengan keputusan yang ada, tidak dapat melayakkan aku ke IPT.Persaingan memang sengit. Hanya surat panggilan daripada Politeknik dan tingkatan 6 sahaja diterima. Hati berbelah bahagi. Kemudian, aku cuba memujuk diri dengan mendaftar di Tingkatan 6. Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-cita.


 Pertengahan 2006, sekali lagi aku mencuba nasib. Akhirnya, keadaan berubah. Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pengajian di UiTM Seri Iskandar. Kursus yang diterima; AP118, dalam jurusan Diploma Seni Bina Landskap. Walaupun ia bukan kursus pilihan utama, aku terima dengan hati terbuka. Pada aku, mungkin ini sesuatu yang baru dan apa salahnya untuk aku mencuba. Bermula daripada panggilan temuduga, dan akhirnya berjaya memegang status pelajar UiTM Seri Iskandar di Perak pada penghujung 2006. Alhamdullillah.Sejak itu, aku tidak menoleh ke belakang lagi. Langkah demi langkah ditempuhi untuk  meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar. Suasana baru yang tidak pernah dijangka begitu menuntut ketahanan diri dan emosi yang begitu tinggi. Rupa-rupanya, jurusan yang diambil memang benar-benar mencabar. Tekanan akan berlaku setiap kali menyiapkan tugasan . Apatah lagi, diri sendiri tidak pernah ada asas dalam ilmu berkaitan seni lukis.


Pada ketika itulah, pelbagai cabaran dan dugaan dialami. Sepanjang tahun pengajian, pelajar seni bina landskap akan sentiasa sibuk dengan tugasan projek dan diperlukan membuat pembentangan setiap minggu bagi memastikan mereka mencapai sasaran tahap kerja. Menyiapkan tugasan terutamanya projek akhir semester sehingga lewat malam memang perkara biasa. Sehingga ada ketikanya sampai tertidur di studio sebelum terus hadir ke kuliah keesokan harinya. Selain itu, ada ketikanya setelah sesebuah tugasan telah disiapkan, namun kemudiannnya tidak diterima oleh pensyarah. Perkara itu juga adalah normal dalam kehidupan pelajar seni bina landskap. Ketahanan diri memang kena kuat. Bebanan beberapa tugasan dalam satu masa yang serentak juga sering berlaku. Dalam keadaan ini, ‘multi-tasking’ ialah perkara utama untuk urus diri sendiri. Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu sebenarnya memang bagus untuk melatih diri agar lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan nanti.


Tekanan seharian sebagai pelajar ‘studio-base’ memang sangat menguji. Ada ketikanya, diri ini pernah pudar semangat. Bila rasa itu datang, aku cuba terapkan kata-kata dalam hati dan fikiran bahawa setiap orang punya kelebihan. Allah bagi kelebihan pada aku untuk berada dalam bidang ni. Sebahagian akal yang dianugerahkan ini digunakan untuk memikirkan perihal reka bentuk (design), pembinaan (construction) dan apa-apa  sahaja yang berkaitan bidang seni bina landskap. Tidak perlu ada sebab untuk aku sia-siakan anugerah yang Allah kurniakan. Untuk memikirkan perihal berkaitan perubatan atau undang-undang memang aku tidak pakar. Jadi, adalah baik aku gunakan kelebihan yang ada dan sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Ternyata ada kalanya sesuatu yang sukar pada mulanya,akan menjadi mudah dan membuatkan aku lebih kuat pada masa hadapan sebenarnya.


Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar yang berliku dan sering gagal, tidak membuatkan aku tewas. Ia sebenarnya makin mendewasakan aku. Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal. Pengalaman yang telah ditempuh akan membantu aku agar lebih bersedia melangkah ke dunia pekerjaan professional ini kelak.Dengan berbekalkan semangat dan sokongan keluarga, akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian peringkat diploma tepat pada masanya. Alhamdulillah. Dan kini, aku sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk pengajian ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam pula. Semoga segalanya berjalan lancar. Mungkin perjalanan ilmu yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat diriku. Ternyata, setiap kejadian ada seribu sebab dan terselit berjuta hikmah.


p/s : Kini impian menjadi kenyataan.Ijazah sarjana muda di dalam genggaman akhirnya.Terima kasih Ya Allah.=')


Monday, December 3, 2012

Kisah Graduasi

Assalammualaikum semua!

Kadang2 bila perasaan malas datang,memang x terusik blog ni..sunyi sepi je..mood menulis selalu hilang ke laut..Tapi kali ni kena la rajinkan diri..kalau x memori semua makin malap..aiyoo.

Oklah,nak cerita tentang kisah penting dlm hidup ni =)

Alhamdulillah,syukur.27 November 2012.Akhirnya selesai 1 fasa penting dlm hidup, Hari Bergraduasi..Setelah berhempas pulas perah keringat perah otak perah tenaga perah air mata perah kudrat,akhirnya graduation day inilah buktinya...Bachelor in Landscape Architecture dalam genggaman..=')



Kak Yong bagi,Bunga ni paling gagah hidup walaupun dah seminggu konvo.haha

From ADIK n ABG.bertambah koleksi bear konvo.

from BFF.kak Maryam.thanks a lot friend!

From Yat,Arigato friend!

From Kak Wida.Thanks yeah!