Pages

Sunday, October 7, 2012

Apa istimewanya tutti fruity ni??


Assalammualaikum..

Diri ni selalu je MIMPI MAKAN....

Aduh, gila ke apa?Nak kata kuat makan, x la terlampau kuat sgt..Selalunya makan ikut masa yg betul je, portion x lebih x kurang..Tapi ada gak masanya tekak ni mengada-ngada suka mengidam macam-macam makanan..dalam erti kata lain tiba-tiba teringin makan tu la, teringin makan ni la..hmm macam2..sebab tu kot selalu mimpi makan..err kalau real makanan tu ada depan mata x apa la jugak kan?naisss...

Kerana tekanan akibat mimpi yg tiada berkesudahan, lalu diri ni pun menceritakan tentang tabiat ni pada kak Yong..’’Yong,ari tu orang mimpi makan tutti-fruity la tapi sedih gila endingnya,sebab  x kesampaian nak makan’’....

See, betapa naif nya aku bercerita pada kakakkku yg sulung itu..

So, semalam tanpa disangka-sangka Yong telah membawaku ke Tutti Fruity outlet kat Teluk Intan.
yess!alang-alang pergi Teluk Intan temankan mak kat klinik gigi, kami pun singgah le kejap kat Tutti Fruity..nak manja2 kan tekak ni sekali-sekala..hehe..



finally!


Dulu, masa duduk Shah Alam tak ada pulak nak mimpi di malam hari dengan cik Tutti Fruity  ni..Kalau diikutkan dekat je jarak kedai nya dengan rumah sewa..Lagipun, x berapa suka sangat benda2 macam ni..kira x la terlalu ikut peredaran zaman sangat..yela, dulu kan heboh cerita tentang kesedapan tutti fruity kat facebook..hahaha...tapi bila rasa sesudu, ''Oh, not bad gak!''..Lagi pun, makan benda ni x akan membuat kan batuk sebab ianya frozen yogurt not ice cream..yess yg tu yg suka..kalau bagi markah 8/10 la..nak kata lepas ni nak makan selalu x la..janji mimpi hari tu x jadi mimpi lagi..hehe..

Err, pasni apa la pulak jenis makanan yg akan masuk dalam mimpi aku yg seterusnya??hmm..any suggestion??janji sedap..=D




p/s : Kesian dekat mak sebab hanya mampu memandang kami berdua makan benda ni..yela, baru lepas balik dari klinik gigi kan..X pe, next time mak pulak makan ye..

Friday, October 5, 2012

My family day out! =)

Assalammualaikum

Tiada apa yg menyeronokkan selain daripada berkumpul dengan keluarga.Al-maklumlah sekarang duduk rumah, mak abah dok depan mata memang best sebab ada parents yg hari2 kita boleh berborak macam-macam..Dulu masa study, memang selalu je terkenang apa la mak abah tengah buat,apa la mak masak hari ni n bla bla bla..Asyik terkenang je sampai tengah buat assignment tu, fikiran mesti melayang ke kampung..So, dalam 2 or 3 hari sekali mesti kena call parents.Tanya khabar mak abah..Kadang-kadang bila lama dah x buat calling ke nombor handphone abah, mesti mak akan call anak dia ni..mesti aku akan tanya apa menu makanan utk hari tu..*Diakui sesedap mana makanan yg jual dekat luar tu,sedap lagi masakan emak sendiri..=)

So, duduk dekat kampung ada la sekali-sekala keluar dengan family....Hujung minggu la jadi sasaran..Sebab masa tu kak yong x sekolah..so, dia la yg ambil kami di kampung.. Walaupun bilangan ahli keluarga buat masa ni x lengkap bilangannya, haruslah keluar juga kan..Terutamanya bila mak abah ada hal kena settle kat pekan..Of course la aku ni pemenuh ruang tempat duduk kereta..Untung kalau join..Rugi kalau x join..hehehe..


like like like this =)

See, what I got?A baju kurung for convocation day.Insyaallah next month..Yeah, thanks to my sis..=)..hasil pemberian 60% duit dari keseluruhan harga dapatla beli baju ni..sebenarnya x dirancang pun nak beli baju kurung ni..Cadangnya nak hantar kain pasang yg dah lama beli kat tailor..Tapi maybe kali ni rezeki Butik Takzim..bila pegang je baju ni,hmm boleh tahan gak warna kurung ni so grab la 1..hehe..Tudung nak dipadankan dengan baju tu x jumpa pulak yg sesuai..x pela,next time intai2 tempat lain pulak kan..Best keluar dengan family =)..


“I sustain myself with the love of family.” ― Maya Angelou



Wednesday, October 3, 2012

Monolog antara aku dengan anggur




Current situation ni betul2 buat rasa serba-salah...Kalau diikutkan, hampir 2 bulan dah ni tanam pokok anggur,tapi x berbuah pun.Dulu membayangkan mesti pokok anggur ni akan berbuah lebat, masak ranum, manis rasanya dan boleh dijual.Tapi hampa...biasa la impian tanam anggur apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan tanam pokok ketum (hiperbola).

Hmm...Diri ni dah sedia ke belum??...Rasa macam nak kerja, tapi belum cari yg betul-betul.Dalam erti kata cari yg bersungguh2 sampai lupa makan lupa mandi lupa tido..Sekarang ni,just isi SPA and so on. Ahh,mengada kau letak so on bagai,citt.

Tapi rasa macam taknak kerja lagi. Rasa macam nak rehat2 duduk rumah dulu.Nak berbakti sebulan 2 kali kat kebun sawit abah tu je dulu.Nak berbakti kat kucing kesayangan yg suka duapuluhempatjam mintak makanan je kat tuan dia..Tapi sampai bila?..Sssaaaaammppaaaiiii bbbiiillleee HASNIDA???..

Tapi best gak keje 2 kali sebulan je..kuikuikui..

Tapi,kadang-kadang aku rasa macam x tentu hala. Tak tahu nak describe rasa apa.Sebab ramai jugak kawan yang dah dapat kerja. Yes, jeles sikit jela dengan diorang.Sikit je,x banyak pon..sebab kerja dengan mak abah sekarang pun dapat gaji.Makan free.Duit sewa rumah x payah bayar mcm dulu..Hoho..

One day, my bestie contact, tanye khabar n membebel..’’Kau dah kerja ke  Nida?..Belum??Kenapa x mintak kerja lagi??Weh, pi la mintak wei..Lambat2 kang susah, mintak je kat firm mana2..aku dah kerja ni n bla bla bla bla’’...(Dia ni memang suka sembur ayat2 kat aku).

Tapi aku x kecik hati pun dia just tanya je..Yela, x ade member dia ni depan mata dia memang mencari la nak bahan..hehehe

Hati ni memang ada ketikanya mengada2 keluarkan ayat straight terus ke otak lalu mencetuskan persoalan  boleh ke cik Hasnida ni jadi arkitek landskap ni?boleh ke??Kadang-kadang rasa macam x boleh. Kadang-kadang pulak rasa macam boleh...Ah,biasala manusia biasa..

Kalau nak dikenang balik situasi kerja masa practical training dulu memang kadang-kala ada gaya dan rasa membunuh..Ada unsur-unsur stress ye.Bab tu yg x menyenangkan..tapi ada gak pasang-surutnya...Apakah kerja yg x stress kan?Tanam pokok ketum??Haiyakk...

Sebab apa x leh pi Shah Alam mintak kerja kat sana??Yup, memang ada beberapa halangan yg membantutkan diri ni nak pi sana.Sori, malu nak cerita...

Tapi sekali lagi ,bila aku nak kerja?Tapi tulaa..sekarang, macam-macam yang aku rasa..-_-''



Sekian.Sambung tanam anggur balik.

Tuesday, October 2, 2012

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda





Berblogwalking adalah rutin biasa.Yela, dok kat rumah kan,so apa lagi?kalau dah jumpa 1 blog yg best, alamatnya lama la dok mengadapnya..
So, kali ni share satu artikel daripada blog informasi. Best blog tu...pelbagai info-info menarik ada...

Entry nak berbicara sedikit tentang ''Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda''.Sesetengah  orang sekarang memang ada problem dgn self-esteem masing2 kan..Diri ini pun x terkecuali..Dlm erti kata lain merasakan diri sendiri ada sahaja yang tidak kena dan selalu think negative tentang diri masing2..Jom kita tengok apa sebenarnya yg kita sendiri x tahu selama ini tentang diri kita..Ade sesetengah info kat bwah ni yg buat diri Hasnida ni teruja lantas berkata, ''Eh, biar betul?! x sangka la hehe,..''


So,ape lagi kawan2?..Sila baca dan penuh berhemah dan sopan-santun.cekiddauttt!


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

p/s :''Setiap orang diciptakan Allah swt dengan acuan yang istimewa dan berbeza,bersyukurlah atas nikmat-Nya,Alhamdulillah =)''