Pages

Sunday, December 9, 2012

From Aussie with hope =)

Assalammualaikum

Kalau bercakap pasal adik, aku cuma ada sorang je adik dalam hidup ni.Mohd Firdaus bin Abdullah..dia ni lain sikit,lain sebab satu2 nye anak mak abah yg terbang jauh bila sambung belajar...
Yela,keinginan dia memang tinggi sebab tu suka sangat terbang2..aku terbang x jauh mana pun,Shah Alam je..(Tapi pada aku Shah Alam pun jauh gak sebenarnye sebab kena transfer negeri lain..haha)

Sebelum convocation day aku hari tu, kami 1 family kena singgah jap LCCT ambil dia..adik cuti sampai bulan 2..lama gak tu..So, dalam hati kami semua, sepanjang perjalanan tu sudah terdetik rupa bayang2 hadiah dari Australia..Aku dah pesan awal2 jgn balik kalau x ade souvenir utk akak!..(keji betul main ugut2 =D)

Dah sampai sana,kami pun cari punya cari budak adik tu..kak Nor sampai tersilap org..haha..tetiba dah jumpa terus OMMAGAD!apesal panjang benor rambut kamu dik?..Dia pun sengih2..

Masuk dalam kereta..

''Dik,ape kamu beli untuk kami semua ni?''

''X ade ape2 beli pun.TAK SEMPAT BELI.TAK JUMPE''

Ha??Kate ade??Hmm..

Kami pun terus nyanyi lagu..Harapan...Harapan menjadi layuuuuuuu.......

Sekian..biasa la adik bongsu.-_-''.Redha itu pasrah.Pasrah itu menyerah.

Sampai je rumah Kak Nor,borak2 jap..Pastu adik pun bukak beg besar dia.

Aku dalam hati cakap ''Alah,mesti beg tu penuh baju2 busuk dia yg x sempat nak basuh,citt''

Tetiba,adik pun bersuara..''Ha, ni ABAH punya barang..ni MAK pulak..ni YONG,YOP,NYAH,ABANG LI,ABANG n blalalallala....''

HAAA??Sudah!..Akak punya mane?mane?*terus excited okayy!!


Akhirnya,harapan x sempat pun nak layu..yahoo!!

See,what i got..A cutie koala and new watch!Yes,ni la yg gua idam2 kan..Fossil pulak tu..mcm tahu2 je jam kakak dia dah k.o..

So,konvo hari tu aku pun berbesar hati pakai..=)

Thanks my bro..Tetibe lu nampak terlampau hensem pulak..hehe


Ni la jam yg lama..walaupun murah n simple je tp byk jasanya.
Simpan2,buat kenangan hari tua nanti.


Pesanan buat adik aku yg sorang ni :-

Belajar rajin2,capai target yg diingini n semoga sentiasa success dunia akhirat.Amin.
From Bawah Bungor with hope =)

Friday, December 7, 2012

Monolog seorang student # entri tersimpan dlm hati

Sedar tidak sedar, hampir 5 tahun aku bergelar pelajar IPT. Memegang kad pelajar bernombor 2009158081 dan salah seorang daripada berjuta anak didik kelahiran Universiti Teknologi Mara (UiTM).


6 tahun yang lepas, dengan berbekalkan keputusan SPM yang ada, aku cuba untuk memohon  kemasukan ke IPTA. Impian dalam hati, aku harus jejakkan kaki ke IPT, seperti anak- anak emak dan abah yang lain. Hampir kesemua senarai universiti yang diminta, ditulis nama UiTM. Namun, dengan keputusan yang ada, tidak dapat melayakkan aku ke IPT.Persaingan memang sengit. Hanya surat panggilan daripada Politeknik dan tingkatan 6 sahaja diterima. Hati berbelah bahagi. Kemudian, aku cuba memujuk diri dengan mendaftar di Tingkatan 6. Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-cita.


 Pertengahan 2006, sekali lagi aku mencuba nasib. Akhirnya, keadaan berubah. Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pengajian di UiTM Seri Iskandar. Kursus yang diterima; AP118, dalam jurusan Diploma Seni Bina Landskap. Walaupun ia bukan kursus pilihan utama, aku terima dengan hati terbuka. Pada aku, mungkin ini sesuatu yang baru dan apa salahnya untuk aku mencuba. Bermula daripada panggilan temuduga, dan akhirnya berjaya memegang status pelajar UiTM Seri Iskandar di Perak pada penghujung 2006. Alhamdullillah.Sejak itu, aku tidak menoleh ke belakang lagi. Langkah demi langkah ditempuhi untuk  meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar. Suasana baru yang tidak pernah dijangka begitu menuntut ketahanan diri dan emosi yang begitu tinggi. Rupa-rupanya, jurusan yang diambil memang benar-benar mencabar. Tekanan akan berlaku setiap kali menyiapkan tugasan . Apatah lagi, diri sendiri tidak pernah ada asas dalam ilmu berkaitan seni lukis.


Pada ketika itulah, pelbagai cabaran dan dugaan dialami. Sepanjang tahun pengajian, pelajar seni bina landskap akan sentiasa sibuk dengan tugasan projek dan diperlukan membuat pembentangan setiap minggu bagi memastikan mereka mencapai sasaran tahap kerja. Menyiapkan tugasan terutamanya projek akhir semester sehingga lewat malam memang perkara biasa. Sehingga ada ketikanya sampai tertidur di studio sebelum terus hadir ke kuliah keesokan harinya. Selain itu, ada ketikanya setelah sesebuah tugasan telah disiapkan, namun kemudiannnya tidak diterima oleh pensyarah. Perkara itu juga adalah normal dalam kehidupan pelajar seni bina landskap. Ketahanan diri memang kena kuat. Bebanan beberapa tugasan dalam satu masa yang serentak juga sering berlaku. Dalam keadaan ini, ‘multi-tasking’ ialah perkara utama untuk urus diri sendiri. Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu sebenarnya memang bagus untuk melatih diri agar lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan nanti.


Tekanan seharian sebagai pelajar ‘studio-base’ memang sangat menguji. Ada ketikanya, diri ini pernah pudar semangat. Bila rasa itu datang, aku cuba terapkan kata-kata dalam hati dan fikiran bahawa setiap orang punya kelebihan. Allah bagi kelebihan pada aku untuk berada dalam bidang ni. Sebahagian akal yang dianugerahkan ini digunakan untuk memikirkan perihal reka bentuk (design), pembinaan (construction) dan apa-apa  sahaja yang berkaitan bidang seni bina landskap. Tidak perlu ada sebab untuk aku sia-siakan anugerah yang Allah kurniakan. Untuk memikirkan perihal berkaitan perubatan atau undang-undang memang aku tidak pakar. Jadi, adalah baik aku gunakan kelebihan yang ada dan sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Ternyata ada kalanya sesuatu yang sukar pada mulanya,akan menjadi mudah dan membuatkan aku lebih kuat pada masa hadapan sebenarnya.


Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar yang berliku dan sering gagal, tidak membuatkan aku tewas. Ia sebenarnya makin mendewasakan aku. Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal. Pengalaman yang telah ditempuh akan membantu aku agar lebih bersedia melangkah ke dunia pekerjaan professional ini kelak.Dengan berbekalkan semangat dan sokongan keluarga, akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian peringkat diploma tepat pada masanya. Alhamdulillah. Dan kini, aku sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk pengajian ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam pula. Semoga segalanya berjalan lancar. Mungkin perjalanan ilmu yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat diriku. Ternyata, setiap kejadian ada seribu sebab dan terselit berjuta hikmah.


p/s : Kini impian menjadi kenyataan.Ijazah sarjana muda di dalam genggaman akhirnya.Terima kasih Ya Allah.=')


Monday, December 3, 2012

Kisah Graduasi

Assalammualaikum semua!

Kadang2 bila perasaan malas datang,memang x terusik blog ni..sunyi sepi je..mood menulis selalu hilang ke laut..Tapi kali ni kena la rajinkan diri..kalau x memori semua makin malap..aiyoo.

Oklah,nak cerita tentang kisah penting dlm hidup ni =)

Alhamdulillah,syukur.27 November 2012.Akhirnya selesai 1 fasa penting dlm hidup, Hari Bergraduasi..Setelah berhempas pulas perah keringat perah otak perah tenaga perah air mata perah kudrat,akhirnya graduation day inilah buktinya...Bachelor in Landscape Architecture dalam genggaman..=')



Kak Yong bagi,Bunga ni paling gagah hidup walaupun dah seminggu konvo.haha

From ADIK n ABG.bertambah koleksi bear konvo.

from BFF.kak Maryam.thanks a lot friend!

From Yat,Arigato friend!

From Kak Wida.Thanks yeah!



Friday, November 9, 2012

Jerrypah sharipah latipah?

Assalammualaikum peoples!

Pagi2 dah layan lagu Aizat Amdan.He has never disappointed me..most of his song are awesome bebeh.ha, siap bebeh lagi..haha..i really love aizat's songs..sekarang dalam kepala aku asyik berlegar2 je lagu dia yg tajuk Jerrypah..Pelik sikit kan tajuk lagu tu..but Jerrypah is a good song..combination of the melody and lyric are nice..walaweiii..sedap weii lagu dia..aku x tahu la kenapa lagu2 dia byk best..suara pun best..

err..but who's Jerrypah?let's find aizat amdan n his brother.Ask them..haha..kalau x sabar2 nak tahu siapakah gerangan Jerrypah,klik la video2 kat bawah ni..videos by .Exclusive taw..siap ade 3 episod lagi tu.




                                                          Episod 1: The awesome idea


                                                          Episod 2 : Siapa Jerrypah??


                                                     Episod 3 : Makna lagu JERRYPAH.
                 



Beruntung ko Jerrypah..haha..NICE SONG.love u JERRPAH.oooo yeahhh!!Aizat's song best yo =)

Mustard style.

Assalammualaikum!

How's ur day?Hope everything ok.Lama tak mencurah bakti menulis di blog picisan ni.So, hari ni nak merepek kejap.hewhewhew.

Each person have their own favourite colour right?And maybe more than 1 colour =).Me too!Red is my most favourite colour.Ntah apa la yg membuat hati ni membuak2 semangat bila tengok items yg berwarna merah2 ni.Rasa best ada warna merah.Of course that my passion.kadang2 kalau nak buat design project mesti nak selit2 warna merah.Haruslah..heee..

Terbaru ni macam tertarik tengok 1 lagi colour ni..Mustard colour..warna ni macam warna tanah,ala2 colour oren campur kuning campur coklat..waahhh!!..Kalau utk warna merah lebih tertarik pada barang2,tapi utk warna mustard ni mcm nampak cool + bergaya utk fashion.Jom kita cuci mate tengok2 fashion items yg berwarna mustard.Semua gigih copy dari google images..cekidauutt..




Ya ampun...nak semua boleh??tapi seluar tu over ketat je,,ce longgarkan sikit...haha.just kidding..
























Oh ye lupa pulak nak cerita,mustard colour ni sesuai utk semua warna kulit taw termasuk la utk kulit hitam manis..dari x ceria terus jadi ceria..Awwww!!..Mustard colour ni cantik kan?Boleh matching dengan warna lain especially warna navy blue.Korang bayangkan kalau pakai jeans warna navy blue dengan baju warna mustard.Cantik tu ..nampak classic kombinasi warna tu kan?(as my own opinion).




bestnya..give it to me please...


Walaupun hanya ada 1 item warna mustard je yg kita pakai (sebagai contoh jeans anda je warna mustard yg lain x) pasti nampak bertambah2 ceria je hari anda.Cewaaaahhh..Utk aksesori lain pun boleh..Cool.Cubalah!Pasti anda akan nampak lain..dan sudah tentu akan ada yg menoleh pada anda beberapa kali lantas berkata ''cool la u hari ni''..(haha saje je)..




which one u prefer??like it??me too ^_^

p/s: Ok.lepas ni kena la ada 1 koleksi warna ni (sambil check purse and kira bajet bulan ni)hewhewhew =)

Sunday, October 7, 2012

Apa istimewanya tutti fruity ni??


Assalammualaikum..

Diri ni selalu je MIMPI MAKAN....

Aduh, gila ke apa?Nak kata kuat makan, x la terlampau kuat sgt..Selalunya makan ikut masa yg betul je, portion x lebih x kurang..Tapi ada gak masanya tekak ni mengada-ngada suka mengidam macam-macam makanan..dalam erti kata lain tiba-tiba teringin makan tu la, teringin makan ni la..hmm macam2..sebab tu kot selalu mimpi makan..err kalau real makanan tu ada depan mata x apa la jugak kan?naisss...

Kerana tekanan akibat mimpi yg tiada berkesudahan, lalu diri ni pun menceritakan tentang tabiat ni pada kak Yong..’’Yong,ari tu orang mimpi makan tutti-fruity la tapi sedih gila endingnya,sebab  x kesampaian nak makan’’....

See, betapa naif nya aku bercerita pada kakakkku yg sulung itu..

So, semalam tanpa disangka-sangka Yong telah membawaku ke Tutti Fruity outlet kat Teluk Intan.
yess!alang-alang pergi Teluk Intan temankan mak kat klinik gigi, kami pun singgah le kejap kat Tutti Fruity..nak manja2 kan tekak ni sekali-sekala..hehe..



finally!


Dulu, masa duduk Shah Alam tak ada pulak nak mimpi di malam hari dengan cik Tutti Fruity  ni..Kalau diikutkan dekat je jarak kedai nya dengan rumah sewa..Lagipun, x berapa suka sangat benda2 macam ni..kira x la terlalu ikut peredaran zaman sangat..yela, dulu kan heboh cerita tentang kesedapan tutti fruity kat facebook..hahaha...tapi bila rasa sesudu, ''Oh, not bad gak!''..Lagi pun, makan benda ni x akan membuat kan batuk sebab ianya frozen yogurt not ice cream..yess yg tu yg suka..kalau bagi markah 8/10 la..nak kata lepas ni nak makan selalu x la..janji mimpi hari tu x jadi mimpi lagi..hehe..

Err, pasni apa la pulak jenis makanan yg akan masuk dalam mimpi aku yg seterusnya??hmm..any suggestion??janji sedap..=D




p/s : Kesian dekat mak sebab hanya mampu memandang kami berdua makan benda ni..yela, baru lepas balik dari klinik gigi kan..X pe, next time mak pulak makan ye..

Friday, October 5, 2012

My family day out! =)

Assalammualaikum

Tiada apa yg menyeronokkan selain daripada berkumpul dengan keluarga.Al-maklumlah sekarang duduk rumah, mak abah dok depan mata memang best sebab ada parents yg hari2 kita boleh berborak macam-macam..Dulu masa study, memang selalu je terkenang apa la mak abah tengah buat,apa la mak masak hari ni n bla bla bla..Asyik terkenang je sampai tengah buat assignment tu, fikiran mesti melayang ke kampung..So, dalam 2 or 3 hari sekali mesti kena call parents.Tanya khabar mak abah..Kadang-kadang bila lama dah x buat calling ke nombor handphone abah, mesti mak akan call anak dia ni..mesti aku akan tanya apa menu makanan utk hari tu..*Diakui sesedap mana makanan yg jual dekat luar tu,sedap lagi masakan emak sendiri..=)

So, duduk dekat kampung ada la sekali-sekala keluar dengan family....Hujung minggu la jadi sasaran..Sebab masa tu kak yong x sekolah..so, dia la yg ambil kami di kampung.. Walaupun bilangan ahli keluarga buat masa ni x lengkap bilangannya, haruslah keluar juga kan..Terutamanya bila mak abah ada hal kena settle kat pekan..Of course la aku ni pemenuh ruang tempat duduk kereta..Untung kalau join..Rugi kalau x join..hehehe..


like like like this =)

See, what I got?A baju kurung for convocation day.Insyaallah next month..Yeah, thanks to my sis..=)..hasil pemberian 60% duit dari keseluruhan harga dapatla beli baju ni..sebenarnya x dirancang pun nak beli baju kurung ni..Cadangnya nak hantar kain pasang yg dah lama beli kat tailor..Tapi maybe kali ni rezeki Butik Takzim..bila pegang je baju ni,hmm boleh tahan gak warna kurung ni so grab la 1..hehe..Tudung nak dipadankan dengan baju tu x jumpa pulak yg sesuai..x pela,next time intai2 tempat lain pulak kan..Best keluar dengan family =)..


“I sustain myself with the love of family.” ― Maya Angelou



Wednesday, October 3, 2012

Monolog antara aku dengan anggur




Current situation ni betul2 buat rasa serba-salah...Kalau diikutkan, hampir 2 bulan dah ni tanam pokok anggur,tapi x berbuah pun.Dulu membayangkan mesti pokok anggur ni akan berbuah lebat, masak ranum, manis rasanya dan boleh dijual.Tapi hampa...biasa la impian tanam anggur apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan tanam pokok ketum (hiperbola).

Hmm...Diri ni dah sedia ke belum??...Rasa macam nak kerja, tapi belum cari yg betul-betul.Dalam erti kata cari yg bersungguh2 sampai lupa makan lupa mandi lupa tido..Sekarang ni,just isi SPA and so on. Ahh,mengada kau letak so on bagai,citt.

Tapi rasa macam taknak kerja lagi. Rasa macam nak rehat2 duduk rumah dulu.Nak berbakti sebulan 2 kali kat kebun sawit abah tu je dulu.Nak berbakti kat kucing kesayangan yg suka duapuluhempatjam mintak makanan je kat tuan dia..Tapi sampai bila?..Sssaaaaammppaaaiiii bbbiiillleee HASNIDA???..

Tapi best gak keje 2 kali sebulan je..kuikuikui..

Tapi,kadang-kadang aku rasa macam x tentu hala. Tak tahu nak describe rasa apa.Sebab ramai jugak kawan yang dah dapat kerja. Yes, jeles sikit jela dengan diorang.Sikit je,x banyak pon..sebab kerja dengan mak abah sekarang pun dapat gaji.Makan free.Duit sewa rumah x payah bayar mcm dulu..Hoho..

One day, my bestie contact, tanye khabar n membebel..’’Kau dah kerja ke  Nida?..Belum??Kenapa x mintak kerja lagi??Weh, pi la mintak wei..Lambat2 kang susah, mintak je kat firm mana2..aku dah kerja ni n bla bla bla bla’’...(Dia ni memang suka sembur ayat2 kat aku).

Tapi aku x kecik hati pun dia just tanya je..Yela, x ade member dia ni depan mata dia memang mencari la nak bahan..hehehe

Hati ni memang ada ketikanya mengada2 keluarkan ayat straight terus ke otak lalu mencetuskan persoalan  boleh ke cik Hasnida ni jadi arkitek landskap ni?boleh ke??Kadang-kadang rasa macam x boleh. Kadang-kadang pulak rasa macam boleh...Ah,biasala manusia biasa..

Kalau nak dikenang balik situasi kerja masa practical training dulu memang kadang-kala ada gaya dan rasa membunuh..Ada unsur-unsur stress ye.Bab tu yg x menyenangkan..tapi ada gak pasang-surutnya...Apakah kerja yg x stress kan?Tanam pokok ketum??Haiyakk...

Sebab apa x leh pi Shah Alam mintak kerja kat sana??Yup, memang ada beberapa halangan yg membantutkan diri ni nak pi sana.Sori, malu nak cerita...

Tapi sekali lagi ,bila aku nak kerja?Tapi tulaa..sekarang, macam-macam yang aku rasa..-_-''



Sekian.Sambung tanam anggur balik.

Tuesday, October 2, 2012

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda





Berblogwalking adalah rutin biasa.Yela, dok kat rumah kan,so apa lagi?kalau dah jumpa 1 blog yg best, alamatnya lama la dok mengadapnya..
So, kali ni share satu artikel daripada blog informasi. Best blog tu...pelbagai info-info menarik ada...

Entry nak berbicara sedikit tentang ''Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda''.Sesetengah  orang sekarang memang ada problem dgn self-esteem masing2 kan..Diri ini pun x terkecuali..Dlm erti kata lain merasakan diri sendiri ada sahaja yang tidak kena dan selalu think negative tentang diri masing2..Jom kita tengok apa sebenarnya yg kita sendiri x tahu selama ini tentang diri kita..Ade sesetengah info kat bwah ni yg buat diri Hasnida ni teruja lantas berkata, ''Eh, biar betul?! x sangka la hehe,..''


So,ape lagi kawan2?..Sila baca dan penuh berhemah dan sopan-santun.cekiddauttt!


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

p/s :''Setiap orang diciptakan Allah swt dengan acuan yang istimewa dan berbeza,bersyukurlah atas nikmat-Nya,Alhamdulillah =)''

Wednesday, September 26, 2012

ABAH

Seorang bapa yg dipanggil dengan gelaran abah melakukan rutin harian seperti biasa :


Situasi 1

Tengok tv1,berita jam 10..tengok2 sampai la tv tu plak yg tengok dia..
mak kate tutupla tv tu kalau nak tido..

X nak dengar kate, 15 minit lepas tu tetiba bangun lantas terus ke bilik tanpa menutup tv..

Anak : abah,tutup la tv tu..knape x tutup?
Abah : ngantuk sangat dah ni..mate x boleh bukak..tutup kan la Da tv tu..(berlalu tanpa perasaan bersalah)
Anak : aikk??sape yg tengok tv tadi?..(terus off tv)

2 minit kemudian..

Anak : abah, sape yg charge handset ni?..kang lame sangat charge..
Abah : Tgk2 kan la handset tu..kalau dah penuh tutupkanla plug tu ye.....TOLONG YE DA...ABAH KAN ANAK YATIM..
Anak : LOL!bapakku ini...


Situasi 2

Abah : Da, ce cube cari kan minyak jap..sapu kat belakang bdn abah ni..lenguh..
Anak : Minyak ape abah?
Abah : Minyak jepun..
Anak: Ha??jepun?minyak ape minyak jepun??
Abah :Yela,minyak jepun..meko-meko..
Anak: Meko-meko?hmmm...(berkerut dahi si anak sambil berfikir ape la minyak meko-meko tu ye...)

Seminit kemudian...
Anak : Abah, minyak ni ke??(sambil menunjuk kan sebotol minyak dengan harapan betul la minyak yg dimaksudkan si abah)..
Abah : Haah, minyak tu le..ce sapu..ce sapu..
Anak : (Si anak pun menyapu minyak tersebut di belakang abahnye sambil berkata)...Abah, yg ni bukan minyak meko-meko..macam mane la abah boleh panggil meko-meko,dah macam bunyi name kucing je..abah2..
Abah : Betul la meko-meko..ha,sapu banyak2 lagi...sapu-sapu..
Anak :Abah ni, ni minyak YOKO-YOKO la abah..haisshh..
Abah : Ha, betulla tu yg kamu sebut tu..tu la name minyak tu..MEKO-MEKO
Anak : =_=’’


Hahahadoiii..ni la perangai abahku..Suka sgt wat lawak kat anak2 die.Kadang2 membuli pun ade..
 -_-''..haha..Apa2 pun kami tetap sayang ENCIK ABDULLAH ye..=D



Saturday, September 22, 2012

The Power of Solat.


Assalammualaikum.

Sekiranya kita berkeinginankan sesuatu perkara, apatah lagi perkara itu benda baik memang patut kita refer pada pencipta kita. Pintalah dengan sepenuh hati kepada ALLAH swt. Kita sebagai hamba-NYA hendaklah sentiasa berusaha meminta pertolongan dari yang Maha Esa,  kerana hanya ALLAH swt yang mampu memberi kerahmatan dalam kehidupan kita.ALLAH swt jugalah yang mengetahui segala2nya, sama ada yang sudah berlalu, sedang berlaku atau pun bakal berlaku.Bersama-samalah kita mempertingkatkan keimanan kita berserta keyakinan dan pengharapan dengan sepenuh hati kepada ALLAH swt.

Sebagai seorang muslim memang setiap hari kita wajib memohon pertolongan dan berinteraksi dengan ALLAH.


Melalui apa??...




                                                                  Melalui Solat.













Untuk mengetahui maksud ayat2 dalam Solat.
Klik sini : makna bacaan solat


Sekadar meminjam 1 petikan : ''Kita nampak bulan tapi sebenarnya bulan itu sangat jauh. Kita tak nampak ALLAH, tapi ALLAH itu tersangatlah dekat dengan kita''.

Thursday, September 20, 2012

Jadi diri sendiri.

Assalammualaikum.

Some peoples thought that becomes a great person is a great feeling.Not at all.

Yup, semua orang nak jadi yang terhebat.Kalau kita lihat someone tu cantik,comey, kiut miut,hensem,
bergaya, pandai,bijaksana n mcm2 lagi la mesti kite akan rasa terujanya nak jadi mcm dia tu kan??apatah lagi orang2 itu adalah orang2 di sekeliling kita, lagi la bertambah jeles..

''Ala, kenapa aku x cantik mcm si A tu??aku pun pakai ape yg die pakai,lilit2 gak selendang ni..pakai gak ikut fesyen tapi si A tu je yg famous, aku ni orang x kenal pun...''

''Aku tengok si B tu sampai Subuh dia study..bersengkang mata..result gempak..hish kena ikut cara dia ni..''

''Aku hairan la..kenapa aku x se lucky si C?Dia tu dah la comel, pandai lak tu..semua orang suka dia..tapi aku??hm..kenapa aku ni orang x pandang??''

n bla  bla bla..


Ok.STOP.Don't compare our life with others!


Ye,memang tak salah membandingkan diri kita dengan orang lain, tapi ada batasnya..Ada positifnya kalau kita rasa kita nak berubah ke arah kebaikan contohnya nak jadi pandai macam si B kita kenalah lipatgandakan usaha..study sungguh2, rajin mengulangkaji dengan cara yang betul..tapi kalau yg negatif kita terlalu ikutkan perasaan study ikut cara orang tu walaupun ianya x serasi..lain orang lain caranya..kalau kita selesa study cara kita teruskanlah..Ntah2, apa yg kita nampak ok di mata sebenarnya x sesuai buat kita..Kan dah susahkan diri..

Macam dalam kes lain pulak, nak jadi cantik macam si A..Pakai tudung baju semua ikut fesyen..ala-ala model. berseri2 tambah dengan solekan..Siapa x nak cantik kan?..everything ditiru bulat2..janganla sampai mcm tu,semua kejadian ALLAH cantik2..with or without make-up semua cantik2..

Yup.Setiap orang ada keistimewaan masing2...Jangan la kita memaksa diri berubah untuk menjadi seperti orang lain utk nampak lebih sempurna..Jangan  sampai rasa down bila kita x sama or setaraf orang lain..ALLAH swt dah ciptakan kita dengan sebaik2 kejadian.Apa yang penting kita kena bersyukur dengan apa yg ada kan..


Kita mungkin nampak kehidupan orang lain lebih bermakna lebih gembira, tapi kita x tahu mungkin orang tersebut pernah melalui saat-saat getir dalam hidup mereka. Ingatla, tiada sesiapa pun yg terlepas dari ujian Allah..hidup ni balance,ada suka ada duka.So,chill ok..Apa yg penting percaya pada diri dan gali seberapa banyak potensi kelebihan kita yg selama ini sudah lama ada dlm diri masing2.Kita je yang x berapa nampak sebelum ni.Tak salah kan kalau kita nak berusaha utk menjadi yang terbaik utk diri kita =)..Jangan sedih2 ok.Jangan banding2 kan diri kita dengan orang lain lagi..Trust and be yourself.







p/s:  Don't compare our life with others. Compare how we were in the past & today because only how we are today gonna determine how our life gonna be.Be what you wanna be =)



Wednesday, September 19, 2012

Souvenir from Sabah bah!

Assalammualaikum.

Last week, kakak yg sulung ade trip ke Sabah.So, i got the souvenir from there..Yuhuu...dapat t-shirt,gelang tangan n brooch..best2..=)

Thanks Yong,pi mane2 belila lagi souvenir ye..hehe..




First trial.

Assalammualaikum.

Orang kata kalau x cuba sesuatu perkara tu,kita x akan tahu kan?

So,petang tadi dengan hujan lebat di luar, diri ni mencuba sesuatu yg baru...hihihihi






Orang ckp kalau benda tu kita suka,lagi la semangat buat kan?resultnye,mak cakap sedap n lembut kuih keria ni..hoho  x sia2 mencuba..=)

Monday, September 17, 2012

Pelik.

Orang lain berkasih sayang, kau pun tak mahu mengalah.Jadi orang yang ego,sering mementingkan diri sendiri dan ingin selalu menang.Ya,itu memang diri kamu.

Pelik.Kini kau sedar,ia adalah rasa yang payah..Nampak indah di luar,tapi di hati tidak bahagia...Ya ALLAH, jika ada pilihan aku memilih untuk kembali ke masa dulu.Agar aku tidak merasa perasaan itu hari ini..

Bukan mahalnya harga sebuah kasih sayang tapi rasa ikhlas berkasih sayang itulah yang harus melebihi nilainya.



Sunday, September 16, 2012

Majlis pra-graduan FSPU

Assalammualaikum

Kalau before ni citer pasal dinner department, kali ni nak publish pasal majlis pra-graduan plak..Walaupun kalau dah diikutkan citer ni dah basi,x kire nak citer gak..-_-''

Oklah, majlis ni yg dipanggil MPG adalah majlis kemestian every semester buat student semester terakhir..ia nya berbayar la (lupe lak brape)..tiada unsur2 paksaan nak join or x..tapi rugi la kalau x join la kan?last kot..tapi budak2 kelas yang join pun x ramai.. err lupa plak, mase ni budak2 kelas ngah berperang dengan design studio..dateline utk final projek memang dah paras hidung je mase tu..memang 'masak' la kan..argghh,,pedulikan sekejap design mendesign tu..kita pergi 'design' perut dulu..makan kat hotel tu..hewhewhew

Ok,lagi sekali nak sebut perkataan ni,sebab mcm kool je sebutnye  ----> cekiddaaauuttt!



kawan2 yang dikasihi..semua muka get ready je bila2 mase tangkap gambar.


x sabar nak tengok apa yg ada di sebalik penutup tadi..pas buka..omg,NYUMMMMMMYY...terima kasih Ya ALLAH..terus tersengih paling lebarrrr...sabar hasnida sabar...

encik encik..cepatla letak nasi dlm pinggan saya pulak..letak 10 senduk nasi ye..(-_-'')

haaaa..bagi close-up sikit..terliur plak tengok gambar ni lama2..huhu


sambil2 makan tu,semua dihidangkan dengan macam2 persembahan..yang ni silap mata..best2..nasib baik puan tu x hilang sekali dibuat dek tukang silap mata..

ha,balet pun ada..haha..best2..mana la pihak penganjur import korang kan?comel2..

yang ni lupa plak band dari budak2 course mane...ok gak..

perut pun dah isi penuh,mata pun dah tengok persembahan macam2...ok,masa utk bergambar..yeaahhh!

eh,excited betul..haha

batch 08.LANDSCAPE ARCHITECTS IN FUTURE..=)


Malam tu, department Landscape Architecture menang macam2 anugerah..memang best giller..hohoho

Ok.Sekian,terima kasih..cekkkiiiidddaaauttt..

Saturday, September 15, 2012

Nak feel muda je boleh x?

Assalammualaikum..

Kalau dikira ikut kalendar, diri ni dah berusia 24..tahun depan 25..err,tolongla 24 tu,banyaknye angka..kenapa x 21?kan sweet je sebut 21..huuu -_-''..

Kalau dulu, mase mula2 masuk asrama, diri ni la yg paling dikatakan matang berbanding kwn2 satu geng dulu..(kakak2 senior yg ckp la) matang dari segi perbuatan,perkataan dan penampilan...cewwaahh..haha..
tapi itu dulu la,mase umur belas2 boleh la..dulu je ea, skang nak nampak awet muda la plak..X kire nak acting ala2 mude belia lagi..hehe..




along, atun, nida, wa n nora..^_^.miss u all.




Ok.yang tu cerita hampir 10 tahun lepas..so sekarang camne plak ea?matured x?


selamat tinggal dunia student..seribu kenangan ^_^

Assalammualaikum..

Disebabkan masa lapang yg terlalu lapang,buat masa ni kerja sekarang adalah mengemas kini segala2 dokumen,folder2 yg berterabur di laptop dell kesayangan..al-maklumla, waktu study dulu buat assigment or download information from internet berlambak2 pastu tanpa ade perasaan serba-salah nye terus  save macam tu je...berterabur.tahu2 jela mase tu bila nak cari balik folder yg mane 1 mula la mengelabah...

Tengah kemas2,terserempak plak folder foto..walawei,baru perasan gmbar banyak ade dlm tu..apa lagi,cuci mata tengok balik gmbar2 semua sambil berangan flashback balik [-_-]

Ok.cekidautt



makan dulu..gambar makanan mestila ada..wajib..hehe,,nyum2..makanan2 memang best.
ni la barisan2 pendidik kami..terima kasih x terhingga..Semoga anda semua dirahmati ALLAH..amin..

sesi pelajar semester akhir..tu dia Cik Wan..dulu takut giler ngan die, tapi lame2 rase die la
 antara lecturer paling best hehe. ni la yg akan dijadikan kenangan..semua student  semester 08 diberi peluang utk ucapkan terima kasih pada semua lecturer.THANK U CIKGU!




sebahagian daripada budak2 satu kelas..miss u all ^_^..gud luck friends!


p/s : Gambar2 lain ade lagi, tapi kena buat versi entry lain la pulak kan..macam2 event..semua nya kenangan..harap seribu 1 kenangan ni kekal dalam ingatan =)..insyaALLAH..

Saturday, September 1, 2012

independent day of Malaysia

Walaupun lewat sehari..di kesempatan ini nak ucapkan..SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 buat Malaysia ku tersayang..^_^



source : Google.

Wednesday, August 29, 2012

Budak2 zaman sekarang...ish ish ish #

Almost 3 weeks dah duduk di rumah ni..bercuti katakan, study pun dah abis..So basically, rutin harian adalah seperti penganggur terhormat..bangun setiap hari bukan boleh dikatakan awal pagi..kadang kala mencecah angka-angka luar biasa (paham2 jela) ..sampai kadang2 tu mak marah..hewhewhew..tapi tahu ape2 pun mak tetap syg anaknya.. =')..sebenarnye semua tu terjadi atas pembalasan terhadap waktu tidur yg selalu x cukup mase study dulu..smpai kadang-kadang tu pernah x dapat tido 2 hari..ish ish kalau pikir balik memang merana giler kehidupan waktu tu...(alasan)

ok.nak kata diri ni rajin x la rajin sgt.tapi membantu juge la mak abah di kebun sawit sekali sekala.walau pun penat tahap gaban, yg penting duit dapat pahala pun dapat.Pakej tu!=)..

Waktu-waktu sekarang gak mase utk usha2 keje kosong mase sambil online..Kak yong ade cube tolong mintakkan jadi guru ganti kat sekolah die..Insyaallah ade rezeki adela..Sambil2 duduk kat umah tu, selain tolong mak abah antara hobi mase lapang adalah menonton tv (ayat BM sangat)..tertonton pulak 1 rancangan kat stesen berbayar yg selalu ulang tayang benda yg sama..best,cik Rossa yg nyanyi..dah la comel nyanyi sedap plak tu..and then last song die lagu ni --- TAKKAN BERPALING DARIMU...

Memang best lagu tu..lagu tema utk Munajah Cinta..lirik pun best..

Tapi nak citer kat sini yg ade seorang pencabar terdekat Rossa..ha,jangan main2 ye cik Rossa..tapi rase2 budak tu lagi power..ye,budak2 lagi..suara die memang best n sedap giler..ish ish budak2 zaman sekarang,kalau x terer x boleh ke??..Maka lagu tersebut telah menjurus kepada sesi upload video dari youtube..

Sila la klik video..terbaik!






Best kan suara die..memang thumbs up,hehe..si kecik molek ni namanya Nur Atikah..kalau nak dengar lagi suara die yg best,ade lagi vid die yg lain2 kat utube...cik Atikah cik Atikah, comel la..^_^.

Monday, August 27, 2012

separuh fanatik kat interior design

Assalammualaikum

Diakui diri ini ade 1 habit yang kool..pergghh,kool ea? ..nak kate hobi pun boleh kot..or obsesi yg tiada tolok tandingan...or tabiat yg tidak berkesudahan...hm,susah pulak nak define ayat ape yg sesuai...+_+

#terlalu suke tengok furniture or interior things yg cantik giler n unik (dari pandangan mate ni la)

walaupun senibina landskap di hati, tetap gak terpesona dengan benda2 macam tu..
ada kaitan design2 jugak kan =)

x dapat dikenalpasti bila habit tu muncul,tapi memang bile terlihat benda2 mcm tu memang bersinar-sinar la mata..pastu mula la berangan (hahahadoiii)...

*ohh alangkah indahnya dapat rumah yg ade suma benda yg kool ni..

*ni kalau letak kat bilik cantik gak ni *_*..(pastu asyik pandang je 24 jam sebab terlalu lawa)

*ok,nanti dah kahwin nak ubahsuai rumah tambah furniture ni,furniture tu, letak lampu 3 level warne, katil yg boleh adjust lebar pastu leh jadi sofa, bilik air yg x serupa bilik air tapi macam bilik tidur n bla bla bla..


ok berangan sungguh*

Walaupun kadang-kadang habit ni hanya nama habit namun ia mendorong pada usaha utk jadi kreatif..yela,bukan senang nak hasilkan benda yg praktikal n cantik.Berikut antara beberapa imej interior design utk rumah yg sangat kool yg saya tengok.Semua imej tu sila bagi kredit kat Pak cik Google ye..thanks pak cik!


Sila menjamu mata =D

cantiknyer...rase nak pakai sari warna pink pastu guling2 kat ruang tamu ni..* eh,ruang tamu ke ni?
Glamorous Futuristic Interior Design Concept by Karim Rashid
pergh,macam terapung je tempat duduk tu kan?.kalau jdi port tangkap gmbr profile pic FB ni best gak..haha =D 
Funky Furniture 1
mari membaca sambil kaki sebelah ke atas.cool sungguh si robot ni..

love it!!

ini la dikatekan 2 in 1.agak2 lepas mandi tu rase mengantuk,terus je tido kat sini.selesai.

Lakeland Microfiber / Bycast Reversible Adjustable Sofa - Home - Furniture - Garden Supplies
 kalau tetamu tetiba dtg mengejut, barang2 bersepah terus sumbat bawah sofa ni..hahaha

Photo: Egg Design.......
eh, boleh ke duduk atas telur separuh masak ni??cool kan  ^_^


flexible..multiple..decorative..simple ..attractive  n bla bla bla


waahhh,nak sebijik macam ni..''pokok buku''


Creative Furniture Interior Design
x payah pintu or separator..yg ni lagi best...wahh..syokknyer..


Cantik2 kan ^_^...memang adore abis bile pandang benda2 camtu..harap 1 hari nnti dpt decorate rumah mcm di atas..harapan??impian??atau berangan??hehehe