Pages

Friday, August 19, 2011

mari makan...huhu

assalammmualaikum....

kali ni nk kongsi resepi lg..-----amboi,asyik entri makan je..haha------kebelakangan ni rajin plak nak masak memasak ni kn..tapi ok la 2,improve kn skill yg positif ni..senang utk mase depan..tapi yg senang2 jela..hoho..-..-
ok lah,resepi ni simple jew...


                                         ------------POPIA GORENG--------------



BAHAN-BAHAN :
---kulit popia---
---isi ayam---(dipotong dadu)
---lobak,timun,taugeh,sengkuang----(dihiris halus)
---3 ulas bawang merah*
---2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
---1 biji cili merah (hiris)
---Garam secukup rasa
---Penambah perasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan lobak,timun,taugeh,dan sengkuang yang telah dihiris halus.Tambah sedikit garam. Setelah masak angkat hidangan..
  4. Seterusnya,inti popia yang telah masak itu disejukkan sebentar.
  5. Kemudian,bolehlah menggulung popia dengan inti tersebut.
  6. Goreng sehingga berwarna kekuningan dan masak.Angkat dan toskan minyak.Sedia untuk  dihidangkan.

                       -----------SELAMAT MENCUBA-------------


p/s : nak wat sos popia x brape pasti nak wat,so makan ngan sos cili pun ok gak..sedap!=)


====ayam masak madu dah makan dah tempoh ari,sedap ooo..hehe=======



Saturday, August 13, 2011

---ayam masak madu----awesome!!

Sape yang x suke makan2?hehe..so,kali ni entry nak berkongsi sikit resepi masakan baru sempena berbuka puase ari ni.Resepi diambil dari sini

------AYAM MASAK MADU-------








Resepi
BAHAN-BAHANNYA :
500 g ayam,  gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang besar, hiris bulat (hiasan)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

                       -----------SELAMAT MENCUBA-------------

p/s:wat ambil mase sekejap jew..tgk gambar mcm sedap,so harap2 mkn mase berbuke karang sedap...=)